Anjakan Paradigma

Akhirnya…
Sudah 2 minggu aku terperangkap di kem. Hari minggu aku ambil kesempatan untuk berehat dari hiruk pikuk pekerjaan dan tentera. Otot-otot ku tegang sekali. Walaupun tidak beraksi pada latihan-latihan yang genting, saya dapat bersenam dan bermain bolasepak pada waktu rehat. Tambah pula saya kehadapan untuk mewakili kompeni regimen saya dalam sukan ragbi pada Hari Sukan Battalion.

Walaupun saya merasa janggal pada saat-saat pertama menyertai latihan buat tahun ini, semakin lama saya dapat menjalin hubungan erat dengan seksyen dan pelatun saya. Pada mulanya saya ingin dikembalikan ke unit logistik… tapi setelah memberi pertimbangan, saya rasa, saya akan cuba teruskan menghadiri latihan infantri.

Sebabnya? Mungkin kerana ahli-ahli pelatun saya sangat ramah dan akrab, walaupun mereka berbangsa lain. Aneh benar, kerana apabila saya berkhidmat di unit logistik dan juga semasa saya seorang rekrut, sikap rakan sejawat saya tidak sebaik gini. Rakan-rakan saya dalam unit askar simpanan saya senang membawa berbicara dan bergurau-senda. Tambah pula, saya kagum dengan kebolehan mereka bertutur dalam Bahasa Melayu walaupun tidak begitu fasih. Namun begitu, ini tidak dapat saya perhatikan langsung pada zaman NS saya dahulu.

Mengapa ya warga Singapura yang bukan gitu berpendidikan boleh berbahasa Melayu tetapi bangsa Tionghua yang berpendidikan tinggi kurang mahir untuk bertutur sedikit pon dalam bahasa kebangsaan kami?

Setelah saya berehat pada hujung minggu, saya kembali ke pejabat untuk menyambung pekerjaan. Wahduh! Banyak betul kerja di pejabat yang bertimbun. Nasiblah saya tak panik. Penat, tambah pula dengan tugasan yang banyak membuat saya menulis catatan ini selepas tarikh pengadilan. Walaupun begitu, pertandingan ini bukan menjadi perangsang utama untuk saya menulis. Mungkin pada hari-hari yang berikut, saya akan dapat teruskan catitan-catitan saya yang membuka minda, menganjak paradigma.

Hutan Rimba Pening Kepala
Setelah 2 tahun meninggalkan tentera, saya terpaksa kembali ke latihan kerahan selama 2 minggu untuk mengemaskini cara-cara berperang. Minggu pertama saya penuh dengan cabaran. Kerana saya berasal dari unit logistik, piawai yang diminta oleh askar-askar rendah sedikit berbanding dengan askar-askar infantri. Apabila saya berlatih mengikut piawai infantri, wah duh, letih saya dibuatnya, hingga saya jatuh sakit.

Sekarang ni, saya terbatuk-batuk dengan lendih. Tambah pula urat diatas lutut saya sakit sekali lagi.

Tapi ada juga babak-babak seronok dan geli hati. Saya dapat pergi ke ruang tembak-menembak untuk latihan tembakan. Kami menggunakan peluru tulen dan saya dapat memperkemaskan cara tembakan saya dengan senjata baru saya, iaitu senapang M203.

Di latihan lontaran bom tangan pula, satu diantara pelatun saya membuat jenaka apabila lontarannya tidak terlepas dari ruang selamat. Bom tangan itu terjatuh ke belakang berdekatan dengan kami, bukan kehadapan ke sasarannya. Nasiblah hanya bom tangan palsu. Kalau bom tangan betul, tak mungkin saya masih bernafas hari ini.

Itulah sedikit cerita tentang latihan kerahan negara tentera simpanan saya. Sekarang, kami diberi peluang berehat sebentar untuk sehari-dua sebelum meneruskan baki latihan untuk minggu kedua. Selepas itu, saya akan kembali kepada jadual biasa.

(Gambar-gambar dari telefon bimbit saya.)

Negaraku
<object width="400" height="329">

<param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/dcPtkojnf6M"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/dcPtkojnf6M" type="application/x-shockwave-flash" width="400" height="329"></embed></object>

Harap hormat ya. Lagu Kebangsaan Malaysia akan dimainkan.

Catitan ini buat Crystal, warganegara Malaysia, rakan saya yang turut menulis blog dalam Bahasa Malaysia.

Harap dapat mencari kembali identitimu. Mungkin dengan cara kreatif yang ditonjolkan penyanyi lagu kebangsaan kamu itu?

Semboyan Telah Berbunyi
Nanti siang, tepat pada jam 6 pagi, saya akan berangkat ke Kem Tanjong Gul sebab diarah membuat latihan Kerahan Negara. 2 minggu saya akan meneroka hutan mengguna peluru palsu untuk menembak bayang-bayang yang kononnya musuh.

Tetapi, disebalik keluhan saya, sebenarnya saya gembira untuk kembali ke kem setelah hampir 2 tahun di hutan batu alam kerja. Ini peluang untuk mengenali rakan-rakan baru kerana saya telahpun dihantar ke unit kombat infantri askar-askar simpanan.

Sebelum ini, saya seorang penjaga stor di unit logistik dan penyenggaraan tentera ketika saya seorang askar sepenuh masa Kerahan Negara. Pertukaran ini adalah drastik sekali kerana tugas-tugasnya sungguh berbeza. Tapi saya juga bersyukur kerana vokasion saya yang baru adalah sebagai 2IC Seksyen Senjata, Spesialis M203. Saya akan mengguna senjata senapang M16S1 ataupun SAR21 yang berpasangan dengan pelancar bom tangan.

Sebagai 2IC, saya tidak perlu melakukan kerja-kerja kuli. Tapi ini adalah unit askar simpanan, dimana pangkat tidak bermakna apa-apa. Saya pon rendah diri, kerana saya hanya seorang korporal. Mungkin doa-doa saya semasa dalam Kerahan Negara sepenuh masa dahulu lambat dikabulkan. Akhirnya ada peluang cerah untuk dinaikkan pangkat tapi saya tidak begitu kisah tentang pangkat lagi.

Yang penting, latihan yang kami lakukan harus diselesaikan dengan cermat dan selamat. Keselamatan askar-askar sangat diutamakan kerana nyawa mereka berharga. Kalau mati kerana berjuang demi nusa dan bangsa tidak mengapa. Jangan sampai ajal ketika latihan.

Insya Allah, askar-askar yang berlatih dengan saya akan selamat berlatih dan akan pulang ke keluarga masing-masing dengan gembira selepas 2 minggu ini.

Tapi jangan ingat saya tidak akan menulis catitan di blog saya ini ketika saya melakukan latihan. Bila saya dapat keluar kem, sudah pasti saya akan utamakan penulisan di blog ini.

Selamat Berjuang!

Korporal (NS) H

(Gambar-gambar petikan dari filem Sarjan Hassan)

Bahasa Menunjukkan Bangsa Tau
<object width="400" height="329">

<param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/DpAyu24X42M"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/DpAyu24X42M" type="application/x-shockwave-flash" width="400" height="329"></embed></object>

Video ihsan dari sayang76

Betul juga kata Bengali tu. Yang buat geli hati dan ironi, pada zaman sekarang, orang Melayu masih juga perlu diperbetulkan oleh bangsa lain. Bukan atas dasar adab, tapi atas penggunaan bahasa Melayu itu sendiri.

Ketika saya umumkan blog saya ini kepada rakan-rakan, seorang dari rakan saya yang berbangsa Malayalam, sebuah dialek India, memperbetulkan penggunaan bahasa saya. Namun, dia membuat aduan yang saya ini berfikir dalam bahasa Inggeris dan menulis dalam bahasa Melayu.

Saya mengaku kepadanya bahawa itu adalah benar. Dan saya tidak malu bahawa saya berkurangan. Kadangkala saya memikirkan, bangsa apa saya ini? Melayu kah? American-Melayu?

Maksima $3 juta dolar bakal disumbangkan oleh pemerintah selama 5 tahun untuk meningkatkan profil bahasa Melayu. Namun, langkah pertama perjuangan ini agak lemah. Lelaman rasmi Bulan Bahasa 2006 agak kolot. Walaupun cogan katanya “Semarak Bahasa Serentak Masa”, lelamannya seperti tersumbat di tahun 1999. Saya rasa, lelaman blog-blog yang menyertai dalam peraduan ini lebih menarik daripada lelaman Bulan Bahasa itu.

Kadangkala saya rasa sangat malu. Kalau dibandingkan dengan lelaman Kempen Bertutur Mandarin, terserlah bangsa kita jauh dibelakang. Bukan sahaja dengan penggunaan teknologi, malah dengan acara-acara yang diatur untuk Bulan Bahasa tahun ini untuk menarik perhatian orang ramai.

Mungkin memang benar bahasa kita tidak relevan lagi? Tengok sajalah laman tu hoi. Oops… Bahasa menunjukkan Bangsa tau. Hoi hoi hoi…

Melayu Filipina
Gambar ikhlas dari Wikipedia

Dalam siri Luasnya Nusantara yang pertama, kami akan menerokai Filipina. Tentu ramai orang Singapura tidak tahu bahawa sebenarnya orang Filipina sebenarnya berbangsa Melayu. Malah, banyak perkataan-perkataan bahasa Tagalog, iaitu bahasa dialek kaum terbesar Filipina yang diambil negara Filipina sebagai bahasa rasmi Filipina, ada berkaitan dengan bahasa Melayu.

H. Otley Beyer ahli antropologi Amerika Syarikat, adalah orang pertama yang mencadangkan bahawa orang Filipina berasal dari Malaya dalam beberapa siri penghijrahan. Tetapi, teori ini telah diberi cabaran oleh beberapa penyelidikan kontemporari yang menyatakan sebaliknya. Sebahagian besar orang Filipina sekarang dikatakan berasal dari keturunan penghijrah Austronesia daripada Selatan Cina dan Taiwan pada Zaman Besi.

Sebelum datangnya penjajah Sepanyol ke Filipina, ia bukan sebuah negara yang bersatu. Malah apa yang dikatakan tanah Filipina itu dipisahkan kepada beberapa negara tersendiri dibezakan dengan dialek masing-masing. Negara yang dikatakan paling megah dan kuat adalah Mindanao dan Sulu yang diperintah oleh Kesultanan Sulu dan juga Maguindanao diperintah Kesultanan Maguindanao. Pada masa dahulu, Kesultanan Sulu juga merupakan kesultanan yang paling besar di Nusantara ini. Ia menguasai sebahagian Malaysia, Filipina dan Borneo. Ia dikatakan bahawa orang Filipina menganuti Islam sebelum dijajah Sepanyol. Ketua tempatan Manila pada masa penjajahan Sepanyol adalah Rajah Sulayman, seorang muslim.

Namun begitu, penjajahan Sepanyol, dan selepas itu penjajahan Amerika Syarikat telah menyebabkan kebanyakan orang Filipina memeluk agama Kristian. Kekuatan Kesultanan Sulu memerangi Sepanyol sahaja yang menyebabkan kristianisasi ini terbatas.

Apabila Filipina diberi kemerdekaan daripada Amerika Syarikat pada tahun 1946, negara muda ini terpaksa mencari identitinya tersendiri. Orang Filipina sangat bangga dengan keturunan Melayu mereka. Ia dikatakan Jose Rizal, seorang akademik Filipina yang fasih dalam 23 bahasa dipanggil Kebanggaan Orang Melayu oleh rakyat Filipina.

Saya juga pernah berbincang dengan rakan sekerja saya, ramai daripada mereka rakyat Filipina, orang Melayu tetapi berugama Katolik, tentang darah Melayu mereka. Saya memerhati bahawa mereka bangga berkuturunan Melayu. Pada seketika mereka bekerja di Singapura, pernah mereka alami seorang pemohon kerja ke syarikat kami yang berbangsa cina rakyat Singapura yang megutuk bangsa Melayu. Mereka terasa sangat dihina tetapi episod itu agak geli hati kerana mungkin pemohon kerja itu tidak mengetahui dia sedang berdepan dengan orang Melayu didalam temu duga itu. Mungkin kerana budaya dan bahasa Filipina yang unik, kesamaan Melayu Filipina dan orang Melayu lain di nusantara ini tidak terserlah.

Itulah cerita singkat tentang Melayu Filipina. Serumpun… Tidak Serupa.

Pelancaran Bulan Bahasa 2006 @ 1 Julai
<object width="400" height="329">

<param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/4j57Kk0sI7o"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/4j57Kk0sI7o" type="application/x-shockwave-flash" width="400" height="329"></embed></object>

Video rakaman ikhlas oleh zackGVB.

Tidak. Saya tidak hadir pada hari pelancaran. Maklumlah tak dapat pon kad undangan. Tapi semasa saya sedang mengelungsur di lelaman YouTube.com, saya terjumpa rakaman ini. Jadi saya pon muat naik ke blog saya ini untuk hiburan orang ramai.

Tunggu Sekejap… Gaya Siti Pula
<object width="400" height="329">

<param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/qlro5v0IGX8"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/qlro5v0IGX8" type="application/x-shockwave-flash" width="400" height="329"></embed></object>

Merujuk kepada catitan sebelum ini… mari kita bandingkan Siti Nurhaliza dengan Jaclyn Victor. Pada saya, Jac memberi nafas baru kepada lagu ini. Siti, walaupon bernyanyi dengan penuh gaya dan anggun, memberi persembahan yang klise. Namun, vokalnya tetap lebih halus dan manpat.

Apa pula pandangan anda?

Tunggu Sekejap… Versi Jaclyn Victor
<object width="400" height="329">

<param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/T86j8KKtbyo"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/T86j8KKtbyo" type="application/x-shockwave-flash" width="400" height="329"></embed></object>

Ah. Lagu Melayu. Teringat pula kepada lagu kegemaran saya apabila Crystal mencatitkan dalam blognya tentang mendendangkan lagu-lagu Melayu kegemarannya semasa di KTV yang menyebabkan kawan-kawannya (saya anggap bukan warga Malaysia?) terperanjat sekejap.

Kami pula berbincang tentang Jaclyn Victor, Idola Malaysia pertama pada tahun 2004. Crystal sedang mencari lagu berjodol “Gemilang” yang menjadi lagu juara Idola Malaysia pada tahun itu. Saya terimbas kembali kepada pertandingan akhir Idola Malaysia dimana Jac menyanyikan lagu “Tunggu Sekejap” dengan cara dan gaya yang tersendiri. Itu mungkin persembahan Jac yang paling menarik sekali.

Tetapi apa yang saya sangat kagum adalah kegunaan dan sebutan Melayunya yang tepat dan pada yang sama memberi lagu lagenda ini gaya yang bernafas baru.

Mari kita fikir sejenak… sekali imbas, jikalau anda memerhati Jac kononnya untuk kali pertama, anda rasa penyanyi ini orang Melayu?

Agaknya, apa yang membezakan kami dan mereka? Sedangkan Bahasa Melayu di-isytiharkan bahasa kebangsaan kedua-dua negara kami. Bahasa Melayu, mengambil kedudukan yang tertinggi kerana ia adalah bahasa kebangsaan Singapura yang tunggal. Bahasa-bahasa yang lain hanya diberi hormat sebagai bahasa rasmi sahaja.

Apakah implikasinya jikalau Bahasa Melayu diberi perhatian oleh semua rakyat Singapura termasuk yang bukan Melayu? Mungkinkah kami mengembangkan industri muzik dan perfileman tanah air sekali lagi? Bolehkah kami membina sebuah Jalan Ampas yang baru? Mungkinkah ekonomi senusantara berkembang dengan lebih pesat? Bolehkah pemerintah-pemerintah kami kurangkan konflik?

Tapi soalan yang paling susah dijawab adalah ini: Mungkinkah persefahaman antara kaum di Singapura lebih baik jikalau Bahasa Melayu diberi perhatian dan penghargaan yang sewajarnya?

Kalau kami memerhati rakan-rakan kami diseberang tambak, walaupon lidahnya Tionghua atau India, panji-panji negara dikibar-kibarkan dengan semangat dan “Negaraku” dinyanyikan dengan tulus. Tapi kalau disini… “Majulah Singapura” pelat mulutnya, kelu lidahnya. Faham ke tidak, tuhan sahaja yang tahu. Adakah itu sebab utama rakyat Singapura kurang ambil kisah tentang hal ehwal negara?

Mungkin, kami perlu mengambil kelas menyanyi dengan Jaclyn Victor ya?

Sebab-sebab Bahasa Melayu tidak penting
Mungkin ini adalah soalan yang sangat susah untuk dijawab. Kerana di konteks Singapura, penggunaan Bahasa Melayu tidak dibesar-besarkan seperti Bahasa Inggeris ataupon Bahasa Mandarin. Kebanyakan orang Melayu kita lebih menambah ilmu dalam bahasa-bahasa lain, terutama Bahasa Mandarin, atas alasan untuk mendapat peluang yang lebih cerah di alam pekerjaan.

Alasan. Ya. Tentunya, ada seratus sebab Bahasa Melayu penting bagi kita. Tapi pada masa yang sama, ada juga sejuta alasan Bahasa Melayu tidak diberi kepentingan.

Mari kita tepuk dada, tanya selera kita jikalau bahasa dominan yang kami gunakan secara harian adalah Bahasa Melayu. Sudah tentu dengan kaum sebangsa kitapon Inggeris yang lebih digunakan.

Adakah tanpa Bahasa Melayu kami boleh berkomunikasi dengan lebih terang? Adakah kami tercacat kerana bahasa ibunda kami adalah Bahasa Melayu, lantas apabila kami ingin memohon pekerjaan demi mencari rezki yang halal, kami ditolak, semata-mata kami lebih fasih bertutur dalam Bahasa Kebangsaan? Adakah kami malu apabila kami tidak boleh bertutur dengan cekap dalam Bahasa Melayu? Adakah bahasa ini tidak penting lagi?

Soalan… peningkan?

Ingatlah… Majulah Singapura didalam Bahasa Melayu. Lupakah kita pada jasa nenek-moyang kita memerangi kolonialisme? Namun, banyak dari kita berkumat-kamit apabila bendera dinaikkan, lagu kebangsaan dilaungkan, senjata di-hormatkan. Dengan senang kami lupa Leftenan Adnan Saidi dan Presiden Yusof Ishak. Jasa-jasa mereka membina sebuah sejarah Melayu Singapura yang tidak akan dimakan zaman.

Bahasa menunjukkan Bangsa.

Jadi… adakah kami ini Bangsa Mat Saleh? Pelik pula apabila kelab bolasepak yang diminati adalah Manchester United ataupon Liverpool, tapi pasukan bola tanahair sendiri tidak dikisahkan. Pelik pula apabila Inggeris jatuh ditangan Peringgi di Piala Dunia, ramai rakyat Singapura gelisah. Tetapi apabila pasukan negara mengalahkan Iraq, Juara Timur Tengah, ramai yang tidak tahu pasukan negara beraksi. Pelik pula apabila pertuturan Bahasa Inggeris rakan kami kocar-kacir, kami tertawakan. Tapi apabila kami sendiri merangkak-rangkak berbahasa Melayu, tiada yang memperbetulkan.

Seharusnya, Bahasa Melayu dimartabatkan setinggi-tinggi langit. Bahasa yang telah membina negara ini. Bahasa rasmi tentera kami. Seharusnya, seperti Tentera Singapura, Bahasa Melayu harus menjadi Yang Pertama dan Utama.

Tetapi itulah realiti zaman sekarang. Bahasa yang diputarbalikkan seperti gencana negara diatas. Adakah lagi makna untuk memperjuangkan Bahasa negara ini? Ataupon sudahkah kami hilang di dunia?

(Gencana Negara diatas ihsan lomography.co.hk)