Akhirnya…
July 25th, 2006Sudah 2 minggu aku terperangkap di kem. Hari minggu aku ambil kesempatan untuk berehat dari hiruk pikuk pekerjaan dan tentera. Otot-otot ku tegang sekali. Walaupun tidak beraksi pada latihan-latihan yang genting, saya dapat bersenam dan bermain bolasepak pada waktu rehat. Tambah pula saya kehadapan untuk mewakili kompeni regimen saya dalam sukan ragbi pada Hari Sukan Battalion.
Walaupun saya merasa janggal pada saat-saat pertama menyertai latihan buat tahun ini, semakin lama saya dapat menjalin hubungan erat dengan seksyen dan pelatun saya. Pada mulanya saya ingin dikembalikan ke unit logistik… tapi setelah memberi pertimbangan, saya rasa, saya akan cuba teruskan menghadiri latihan infantri.
Sebabnya? Mungkin kerana ahli-ahli pelatun saya sangat ramah dan akrab, walaupun mereka berbangsa lain. Aneh benar, kerana apabila saya berkhidmat di unit logistik dan juga semasa saya seorang rekrut, sikap rakan sejawat saya tidak sebaik gini. Rakan-rakan saya dalam unit askar simpanan saya senang membawa berbicara dan bergurau-senda. Tambah pula, saya kagum dengan kebolehan mereka bertutur dalam Bahasa Melayu walaupun tidak begitu fasih. Namun begitu, ini tidak dapat saya perhatikan langsung pada zaman NS saya dahulu.
Mengapa ya warga Singapura yang bukan gitu berpendidikan boleh berbahasa Melayu tetapi bangsa Tionghua yang berpendidikan tinggi kurang mahir untuk bertutur sedikit pon dalam bahasa kebangsaan kami?
Setelah saya berehat pada hujung minggu, saya kembali ke pejabat untuk menyambung pekerjaan. Wahduh! Banyak betul kerja di pejabat yang bertimbun. Nasiblah saya tak panik. Penat, tambah pula dengan tugasan yang banyak membuat saya menulis catatan ini selepas tarikh pengadilan. Walaupun begitu, pertandingan ini bukan menjadi perangsang utama untuk saya menulis. Mungkin pada hari-hari yang berikut, saya akan dapat teruskan catitan-catitan saya yang membuka minda, menganjak paradigma.



Nanti siang, tepat pada jam 6 pagi, saya akan berangkat ke Kem Tanjong Gul sebab diarah membuat latihan Kerahan Negara. 2 minggu saya akan meneroka hutan mengguna peluru palsu untuk menembak bayang-bayang yang kononnya musuh.

Mungkin ini adalah soalan yang sangat susah untuk dijawab. Kerana di konteks Singapura, penggunaan Bahasa Melayu tidak dibesar-besarkan seperti Bahasa Inggeris ataupon Bahasa Mandarin. Kebanyakan orang Melayu kita lebih menambah ilmu dalam bahasa-bahasa lain, terutama Bahasa Mandarin, atas alasan untuk mendapat peluang yang lebih cerah di alam pekerjaan.
Mukasurat
Kategori
Pencarian
Arkib
Meta
Blogroll
Anak Abu Kekasih, sahabat, puteri hidupku yang berkongsi beberapa aktiviti yang kami minatiBlog BB2006 Crystal Rakan senusantaraku berbangsa cina yang ingin mencari kembali lidah melayunya